Monday 28 November 2011

Salam MAAL HIJRAH..
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal.”

(Surah Ali Imran : ayat 191)

... Allah swt berfirman :

“Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia mengiringi. Demi siang apabila ia menampakkan diri. Demi malam apabila ia menutupi. Demi langit serta binaannya. Demi bumi serta penghamparannya. Demi jiwa dengan segala penyempurnaan (ciptaan)Nya. Allah mengilhamkan kepada jiwa, keburukan dan kebaikan. Beruntunglah siapa yang membersihkannya, rugilah siapa yang mengotorinya.”

(Surah As-Syams : ayat 1-10)

HARI SILIH BERGANTI..
MINGGU SILIH BERGANTI..
BULAN SILIH BERGANTI..
PERGANTIAN 354 hari sudah selesai
PERGANTIAN 51 minggu juga selesai
PERGANTIAN 12 bulan turut selesai..

ALLAH BERI – AMBIL dan GANTI.. berganti-berganti, begitulah seterusnya.

LALU, kita FAHAM..

Yang ADA INI – SILIH BERGANTI..

SIANG berganti MALAM
MALAM berganti SIANG

dan seterusnya.. AKUR – TERATUR!!

SETIA dalam ATURAN YANG SEMPURNA..

Itulah KUASA-NYA!!

Tahun HIJRAH 1432H kini BAKAL BERGANTI 1433H… Pergantian TAHUN menjadikan :

USIA BERTAMBAH …
HAD KREDIT USIA BERKURANG …
HAD LAJU PRESTASI MENURUN …
HAD RUANG (space) CAKERA DIRI KIAN PENUH …
HAD MASA TEMUJANJI DENGAN MALAIKAT MAUT KIAN DEKAT …

KUOTA kian penuh. Tiada TOP-UP, tiada PUMP-UP, tiada THUMB-UP.. yang bermula PASTI AKAN berakhir.. bergantian..

AKHIR cerita ini untuk MULA cerita itu..

Kematian adalah bukan akhiran dari kehidupan, ia PERMULAAN untuk akhiran yang kekal abadi.

Dari Muawiyah r.a. berkata:

“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: HIJRAH itu tidak akan terhenti sehinggalah tertutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.”

HIJRAH bukan TEMA MOTIVASI INSAN BIASA – ia SUNNAH RASUL atas PERINTAH ALLAH. Ia bukan BERINTIKAN IDEALOGI dari BUKU MOTIVASI. Ia berintikan SIRAH NABAWIYAH.

KERANA ‘PERISTIWA HIJRAH’ – terhasillah TAQWIM HIJRAH. Dan TAQWIM adalah PETA PERJALANAN dari satu titik ke satu titik yang baru. Padanya terlakar SEJARAH.. padanya ADA KISAH.. ada ‘JEJAK’ YANG DITINGGALKAN untuk diteladani.

TAQWIM terus ‘beredar’ pada kitarannya. JUJUR, TEKUN dan ISTIQAMAH…

Terus PERGI dan TIBA sambil MEMBERIKAN ‘BEKAS’ & MAKNA buat yang mahu memerhati dan santuni ‘JEJAK’ yang ditinggalkan terdahulunya…

KINI, perjalanan ’1432 HIJRAH’ kian menuju AKHIR… SEKALI LAGI, “MAAL HIJRAH” akan hadir..

APAKAH DIRI MASIH DI SITU… di daerah yang BUNTU, LESU & KAKU??

Bukankah DIRI itu adalah UNSUR ‘HIDUP’ yang hidupnya ‘HIDUP’ bersama PEREDARAN PERJALANAN TAQWIM ini??

Adakah DIRI masih belum benar-benar HIJRAH.. dan hijrah.. dan hijrah.. dan hijrah…

AYUH…

HIJRAH DIRI!!

Wednesday 16 November 2011


Apa itu virus?


Virus dalam komputer ialah satu program kecil bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik atau mati terus. Selalunya virus akan menyerang sektor but (boot sector), fail *.exe dan *.com. jenis-jenis virus ini dipanggil virus but dan virus fail, Terdapat satu lagi virus dipanggil virus macro yang akan merosakkan fail data program Microsoft Word dan Excel. Secara lazimnya virus akan membiak, memindah dan memadam fail-fail data pada masa-masa tertentu atau semasa program dibuka.

Chernobyl


Serangan virus boleh berlaku dengan cara ia akan bertindak pada tarikh-tarikh tertentu atau beberapa kali pengguna menekan kekunci tertentu. Contoh virus tersebut ialah virus Chernobyl yang menyerang pada 26 April lepas atau tahun sebelumnya. Virus tersebut mampu memadam kandungan rekod but utama (Master boot record) serta BIOS dan menghilangkan data-data dalam cakera keras, membuat perkakasan-perkakasan seperti papan induk dan cakera keras tidak boleh digunakan lagi.

Kerosakan BIOS dikira serangan yang paling hampir kepada kerosakan perkakasan. Biasanya serangan virus ditujukan kepada program-program dalam sistem operasi (perisian) dengan memusnahkan fail-fail penting. Sistem akan lumpuh sekiranya tiada ubat yang tepat untuk memulihkan keadaan. Perkembangan dan berita-berita mengenai virus harus diikuti setiap masa dari media massa atau Internet. Setiap amaran serangan virus diberi perhatian walau sekecil manapun.

Pengguna komputer harus menghadapi hampir 45,000 virus yang dikenali dan pertumbuhan 200 virus setiap bulan. Program virus dicipta oleh programer-programer dengan niat negatif. Apa yang harus dibuat oleh para pengguna komputer, perlu berhati-hati dengan disket yang digunakan di pemacu A serta kandungan e-mel dan fail pindahturun dari Internet yang mencurigakan. Pemasangan permainan komputer dari CD-ROM harus diberi perhatian kerana penyibaran virus kadang-kadang melaluinya. Dapatkan sebuah program anti-virus terkini bagi tujuan mengimbas komputer setiap ketika dan masa dari diserang virus tanpa disedari.

Nota:
 *.com di atas bererti nama fail seperti command.com atau format.com.



p/s=sedikit perkongsian mengenai komputer..

Komponen-komponen papan induk

Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan.  Komponen-komponen yang dimaksudkan seperti di bawah,

BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan.  Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu.  Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal.  Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perkakasan Y2K serasi.

Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih.

Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa.  Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lain­lain lagi.  Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu.  Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya.

Jenis jumper perlu juga diambil perhatian.  Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis.  Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian.  Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.

Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan.  Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM.  Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik.

Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut.  Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi.

Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras.  Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1.  Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.

Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama.  Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.

Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian banyak.  USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat.  Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.

Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran.  Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.

PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama.  Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini.

CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh.  Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.