Salam MAAL HIJRAH..
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan
siang terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang
berakal.”
(Surah Ali Imran : ayat 191)
... Allah swt berfirman :
“Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia
mengiringi. Demi siang apabila ia menampakkan diri. Demi malam apabila
ia menutupi. Demi langit serta binaannya. Demi bumi serta
penghamparannya. Demi jiwa dengan segala penyempurnaan (ciptaan)Nya.
Allah mengilhamkan kepada jiwa, keburukan dan kebaikan. Beruntunglah
siapa yang membersihkannya, rugilah siapa yang mengotorinya.”
(Surah As-Syams : ayat 1-10)
HARI SILIH BERGANTI..
MINGGU SILIH BERGANTI..
BULAN SILIH BERGANTI..
PERGANTIAN 354 hari sudah selesai
PERGANTIAN 51 minggu juga selesai
PERGANTIAN 12 bulan turut selesai..
ALLAH BERI – AMBIL dan GANTI.. berganti-berganti, begitulah seterusnya.
LALU, kita FAHAM..
Yang ADA INI – SILIH BERGANTI..
SIANG berganti MALAM
MALAM berganti SIANG
dan seterusnya.. AKUR – TERATUR!!
SETIA dalam ATURAN YANG SEMPURNA..
Itulah KUASA-NYA!!
Tahun HIJRAH 1432H kini BAKAL BERGANTI 1433H… Pergantian TAHUN menjadikan :
USIA BERTAMBAH …
HAD KREDIT USIA BERKURANG …
HAD LAJU PRESTASI MENURUN …
HAD RUANG (space) CAKERA DIRI KIAN PENUH …
HAD MASA TEMUJANJI DENGAN MALAIKAT MAUT KIAN DEKAT …
KUOTA kian penuh. Tiada TOP-UP, tiada PUMP-UP, tiada THUMB-UP.. yang bermula PASTI AKAN berakhir.. bergantian..
AKHIR cerita ini untuk MULA cerita itu..
Kematian adalah bukan akhiran dari kehidupan, ia PERMULAAN untuk akhiran yang kekal abadi.
Dari Muawiyah r.a. berkata:
“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: HIJRAH itu tidak akan
terhenti sehinggalah tertutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu
tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat
terbenamnya.”
HIJRAH bukan TEMA MOTIVASI INSAN BIASA – ia
SUNNAH RASUL atas PERINTAH ALLAH. Ia bukan BERINTIKAN IDEALOGI dari BUKU
MOTIVASI. Ia berintikan SIRAH NABAWIYAH.
KERANA ‘PERISTIWA
HIJRAH’ – terhasillah TAQWIM HIJRAH. Dan TAQWIM adalah PETA PERJALANAN
dari satu titik ke satu titik yang baru. Padanya terlakar SEJARAH..
padanya ADA KISAH.. ada ‘JEJAK’ YANG DITINGGALKAN untuk diteladani.
TAQWIM terus ‘beredar’ pada kitarannya. JUJUR, TEKUN dan ISTIQAMAH…
Terus PERGI dan TIBA sambil MEMBERIKAN ‘BEKAS’ & MAKNA buat yang
mahu memerhati dan santuni ‘JEJAK’ yang ditinggalkan terdahulunya…
KINI, perjalanan ’1432 HIJRAH’ kian menuju AKHIR… SEKALI LAGI, “MAAL HIJRAH” akan hadir..
APAKAH DIRI MASIH DI SITU… di daerah yang BUNTU, LESU & KAKU??
Bukankah DIRI itu adalah UNSUR ‘HIDUP’ yang hidupnya ‘HIDUP’ bersama PEREDARAN PERJALANAN TAQWIM ini??
Adakah DIRI masih belum benar-benar HIJRAH.. dan hijrah.. dan hijrah.. dan hijrah…
AYUH…
HIJRAH DIRI!!
No comments:
Post a Comment